Sambutan hari raya korban telah berlangsung di Smk Kuala Jenderis pada 9 November 2011. Dua ekor lembu telah dikorbankan dalam memenuhi tuntutan ibadah korban. Semua pelajar berpeluang melihat dan mempelajari perjalanan ibadah korban. Pelajar tingkatan empat turut membantu guru dan kakitangan sekolah melapah daging lembu.
|
Beberapa orang pelajar membantu Cikgu Syukri dan Cikgu Amri memotong daging yang telah siap dilapah sambil diperhatikan oleh Cikgu Shahril
|
|
Cikgu Razali dan Cikgu Syukri melapah daging pada bahagian kaki |
|
Pengetua turut serta mempercepatkan proses melapah daging sambil dibantu oleh Cikgu Muzaini |
|
Kaki tangan sekolah mengangkat rangka lembu yang telah siap dilapah untuk ditanam |
|
Pelajar perempuan membantu guru memasak sebahagian daging yang telah siap dipotong |
|
Pengetua, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar turut serta menjayakan sambutan ini |
|