Smk Kuala Jenderis

Smk Kuala Jenderis

Friday 11 November 2011

Sambutan Hari Raya Korban

Sambutan hari raya korban telah berlangsung di Smk Kuala Jenderis pada 9 November 2011. Dua ekor lembu telah dikorbankan dalam memenuhi tuntutan ibadah korban. Semua pelajar  berpeluang melihat dan mempelajari perjalanan ibadah korban. Pelajar tingkatan empat turut membantu guru dan kakitangan sekolah melapah daging lembu.





 Beberapa orang pelajar membantu Cikgu Syukri dan Cikgu Amri memotong daging yang telah siap dilapah sambil diperhatikan oleh Cikgu Shahril


Cikgu Razali dan Cikgu Syukri melapah daging pada bahagian kaki


Pengetua turut serta mempercepatkan proses melapah daging sambil dibantu oleh Cikgu Muzaini
 

Kaki tangan sekolah mengangkat rangka lembu yang telah siap dilapah untuk ditanam

Pelajar perempuan membantu guru memasak sebahagian daging yang telah siap dipotong


Pengetua, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa pelajar turut serta menjayakan sambutan ini

Thursday 3 November 2011

Pembukaan Blog Sekolah

Assalamualaikum warahmatullah.....
Alhamdullillah, blog SMK Kuala Jenderis telah berjaya diwujudkan bertujuan memberi maklumat dan secara langsung pengenalan kepada masyarat malaysia khususnya. Oleh kerana blog ini baru sahaja diwujudkan,terdapat banyak kekurangan yang pasti akan diisi dalam jangka masa terdekat ini. Diharap semua pelawat dapat bersabar untuk mendapatkan info lebih lanjut tentang sekolah ini.